Tuesday 4 April 2017

Tips Elak Keletihan Semasa Hamil Sepanjang Bulan Puasa

Assalamualaikum.. bulan puasa semakin hampir. Tak sampai 2 bulan saja lagi. Dah ganti puasa? Ibu-ibu hamil dah bersedia nak berpuasa sebulan? Seronok kan dapat puasa penuh. Untuk elak keletihan semasa hamil sepanjang bulan puasa, ibu-ibu kena bersedia fizikal dan mental. Sedangkan hari biasa pun kita keletihan, apatah lagi bila berpuasa. So macam mana cara nak elak keletihan semasa hamil sepanjang bulan puasa? Jom saya kongsikan tips bagaimana saya elak keletihan semasa hamil sepanjang bulan puasa.

Alhamdulillah saya dapat puasa penuh semasa hamil anak pertama dan juga kedua. Semasa anak pertama saya sedang hamil trimester pertama. Masa hamil anak kedua, masa tu dah masuk trimester ketiga. Untuk pengetahuan anda, saya ni kuat makan. Hehe.. setiap hari pukuk 10 pagi dan 3 petang saya akan kelaparan walaupun dan sarapan pagi dan makan tengahari yang berat. Kalau tak memang tak boleh buat kerja la saya. Hihihi.. so bila bulan puasa, memang saya wajib amalkan perkara ini untuk pastikan saya tetap cergas, bertenaga dan elak keletihan semasa hamil sepanjang bulan puasa.

Elak Keletihan Semasa Hamil Sepanjang Bulan Puasa

1) Minum Air Secukupnya

Minum air secukupnya memang sangat penting. Tidak boleh skip. Walaupun berpuasa, ini bukan alasan untuk kita kurang minum air. Jika air tidak cukup, badan kita akan alami dehidrasi. Lagi-lagi kat Malaysia ni cuaca panas kan. Bila air tak cukup, pengaliran oksigen ke seluruh badan terutama ke otak terganggu. Bila badan kita dan otak kita kurang oksigen, badan kita akan mudah rasa letih dan mengantuk. Jika keadaan menjadi teruk, ia boleh membahayakan kesihatan. Macam mana nak pastikan kita minum air secukupnya walau di bulan puasa? Gunakan botol air yang mempunyai sukatan. Sebaik sahaja berbuka puasa pastikan anda minum sekurang-kurangnya 1.5 liter hingga 2 liter sehingga masuk waktu tidur. Sebaik-baiknya letak la air di sebelah katil. Kalau bangun nak pergi toilet atau solat tahajjud, boleh minum lagi. Bangun sahur minum lagi 500ml - 1 liter semampu yang boleh.

Cara Pastikan Minum Air Secukupnya

2) Bersahur

Pastikan anda bersahur. Seelok-eloknya makan. Kalau tak larat atau tak lalu, sekurang-kurangnya minum segelas ESP dan 3 biji kurma. Kak Sue memang amalkan ni setiap kali bersahur, alhamdulullah cergas sampai petang. Paling penting lepas sahur kalau boleh jangan la tidur semula ye. Nanti badan jadi lemau.

3) Tidur Tengahari

Tidur tengahari ni memang sunnah nabi. Tidur sebentar sebelum masuk waktu zohor. Tapi jangan kamu tidur lama sangat. Nanti makhruh pulak. Kepala pun pening.
Tidur sebentar waktu tengahari ni dapat bantu badan recharge tenaga.

Tips Kekal Cergas Di Bulan Puasa Yang Perlu Ibu Hamil Bekerja Ketahui Supaya Bos Tak Marah

4) Berbuka Sedikit

Waktu berbuka memang digalakkan untuk bersederhana. Tak kira la hamil ke tidak. Kalau makan terlalu banyak, badan jadi penat sebab nak hadamkan makanan tu semua perlukan tenaga yang banyak. Nanti solat terawih pun terlepas. Sayangkan. Setahun sekali je.

5) Tidur Awal


Tidur yang cukup memang sangat penting. Badan perlukan rehat yang cukup untuk kembalikan tenaga dan elak keletihan semasa hamil sepanjang bulan puasa. Minimun waktu tidur adalah 6 jam dan maximum 8 jam. Pastikan anda tidur secukupnya.

6) Makan Supplement

Yang ini paling-paling penting dan tak boleh elak. Walau pun anda kata anda dah jaga makan sepenuhnya, cukup piramid makanan, dah pilih makanan segar dan natural, anda tetap perlu ambil supplement untuk elak keletihan semasa hamil sepanjang bulan puasa. Kenapa? Kerana tidak semua nutrisi, vitamin dan mineral yang kita makan tu dapat diserap sepenuhnya oleh badan. Banyak yang hilang semasa dalam proses penyediaan dan juga sebelum makanan tu sampai ke rumah anda. Baby dalam rahim menyerap nutrisi, vitamin dan mineral dari ibunya. So kalau anda sendiri tak cukup nutrisi, vitamin dan mineral, ditambah pulak baby ambil nutrisi anda, maka kesihatan anda boleh terjejas. Badan akan cepat letih dan tak bertenaga.

Supplement Untuk Elak Keletihan Semasa Hamil Sepanjang Bulan Puasa

Ini lah supplement yang Kak Sue dan ramai lagi pengguna Shaklee yang amalkan untuk elak keletihan semasa hamil sepanjang bulan puasa.
Klik Set Hamil Shaklee untuk info lanjut mengenai bagaimana set ini dapat bantu anda kekal cergas walau dibulan puasa.

Tonton RAHSIA akak ini Elak Keletihan Semasa Hamil Sepanjang Bulan Puasa di Usia 34 Tahun!


Kalau anda seorang ibu yang mahu berpuasa penuh walaupun sedang hamil, mahu sediakan makanan sahur dan berbuka untuk keluarga, tapi dalam masa yang sama tidak mahu keletihan hingga sakit badan, anda WAJIB ambil Set Hamil Shaklee ini.
Macam mana nak dapatkan set ini?
Boleh hubungi Kak Sue:

(ID 930065)
FB: Suhailah Shaklee
Whatsapp / Telegram : 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
COD : 
1) Melaka - MITC, Tesco Cheng, Ayer Keroh Height, Batu Berendam
2) Pasir Gudang - Tmn Scientex, Tmn Mawar, Tmn Cendana, Tmn Kota Masai, Tmn Pasir Putih
Pos : Seluruh Malaysia

Friday 31 March 2017

7 Punca Jerawat Batu dan Cara Merawatnya

Kamu ada masalah jerawat yang teruk? Dah cuba pelbagai produk pun masih tak berkesan? Stop! Sebelum kamu terus merosakkan wajah kamu dengan bereksperimen, Kak Sue minta kamu Stop sekejap. Lihat dan kaji apakah puncanya  mendapat jerawat yang sangat teruk. Dah tau puncanya, baru lah kamu boleh mulakan langkah-langkah untuk merawat pulak. Jom kita baca apakah penyebab munculnya jerawat yang menjengkelkan itu.

Punca Jerawat

Di antara banyak bahagian kulit di seluruh badan kita, bahagian wajah la yang paling kerap dan selalu munculnya jerawat, keduanya bahagian belakang badan.
Antara punca-punca atau perkara yang menyebabkan munculnya jerawat adalah:

1) Hormon

Perubahan hormon dalam badan boleh menyebabkan munculnya jerawat. Sebab itu biasa bagi perempuan, time nak period je atau selepas period, berderet-deret jerawat muncul kan.

2) Kulit Berminyak


Kulit jenis berminyak membuatkan habuk dan debu mudah melekat pada kulit. Bila dah banyak debu melekat, pori-pori kulit mudah dan selalu tersumbat. Bila dah tersumbat, maka kulit pun jadi radang sebab bahan toksik atau kumuhan tak dapat dikeluarkan. Pori-pori kita sebenarnya salah satu saluran untuk badan kita buang bahan-bahan toksik dari badan ye selain melalui bawah.

3) Pori-pori Besar


Ada sesetengah orang mempunyai pori-pori yang besar. Jadinya mudah berlaku sumbatan. Seterusnya muncul la jerawat.

4) Tidak Menjaga Kebersihan

Sangat penting ye untuk jaga kebersihan kulit terutama wajah. Biasa lelaki yang selalu abaikan penjagaan wajah. Sebab itu biasa nya kalau jenis jerawat batu, kaum lelaki lebih ramai. Selain amalkan mencuci wajah dengan pencuci yang sesuai, tangan kita dan apa jua yang kita gunakan untuk menyentuh wajah kita hendaklah bersih dan bebas dari bahan pencemar.

5) Gaya Pemakanan Yang Tidak Sihat

Pemakanan juga faktor yang penting yang menyumbang kepada munculnya cik-cik jerawat ini. Makanan berminyak dan merokok boleh menyebabkan hormon tidak stabil dan pengumpulan bahan toksik dalam badan. Bila terlalu banyak bahan toksik dalam badan, ia akan diterjemahkan ke permukaan kulit sebagai jerawat.

6) Stress

Bila kita stress, hormon dalam badan kita pun akan ikut jadi stress. Hasilnya hormon jadi tak seimbang. Bila hormon tak seimbang, jerawat pun muncul.

7) Make up

Dah la make up tebal, lepas tu tak cuci bersih-bersih pula. Esoknya tambah lagi make up setepek. Haaa.. memang jerawat batu la jawabnya.


So sekarang dah tau kan perkara-perkara atau punca-punca yang boleh menyebabkan jerawat dan kerosakan wajah? Bila dah tahu senang nak atasinya.
Kena elakkan makanan berminyak, jaga kebersihan dan elakkan penggunaan make up yang tebal.

Ini jika jerawat kamu setakat beberapa ketul. Jika kulit kamu rosak, jerawat dah berbatu-batu, maka kamu perlukan proses rawatan yang lebih intensif dan berkesan. Kamu perlu merawat jerawat bukan setakat dari luaran malah dari dalaman. Sel-sel kulit yang telah rosak itu perlu disingkirkan dan diganti dengan sel-sel baru.

Apakah rawatan yang kamu perlukan?
Untuk merawat secara dalaman, tentulah kak sue suggest kamu ambil supplement Shaklee ini.

Baca sini untuk info lanjut untuk
  set kulit Shaklee.

Jom tengok apa kata mereka yang telah menggunakan produk Shaklee dan bebas dari mimpi ngeri akibat jerawat dan masalah kulit.












Kalau kamu nak hentikan penderitaan kamu akibat jerawat berbatu-batu itu, segera hubungi Kak Sue dan dapatkan set rawatan jerawat dari Shaklee.

(ID 930065)
Whatsapp / Telegram : 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
COD : 
1) Melaka - MITC, Tesco Cheng, Ayer Keroh Height, Batu Berendam
2) Pasir Gudang - Tmn Scientex, Tmn Mawar, Tmn Cendana, Tmn Kota Masai, Tmn Pasir Putih
Pos : Seluruh Malaysia

Wednesday 29 March 2017

Rawat Masalah Jerawat Batu dan Jeragat Dengan Cepat

Jerawat dan jeragat memang musuh utama kita terutama kaum wanita. Kalau muncul sebiji pun rasa haru biru apatah lagi kalau muncul jerawat berbatu-batu dan jeragat berpeta-peta kat wajah kan.. mau tak keluar rumah (tapi kena jugak keluar).

Rawat masalah jerawat

Kak Sue dulu memang kulit alhamdulillah jenis susah jerawat nak lekat. Tapi sejak dah masuk 3 siri ni kan, pantang la nak dekat, semasa dan selepas datang bulan, jerawat berlambak-lambak. Paling tension muncul kat tempat-tempat yang sensitif pulak tu macam kat hidung dan kening. Sakitnya ya Allah hai.. Nak picit pun susah.

Untuk mereka yang tak suka jerawat dan jeragat sama macam Kak Sue, jom kita sama-sama berjemaah rawat dan atasi masalah jerawat dan jeragat ini dari dalaman. Sebabnya jerawat dan jeragat sangat berkait rapat dengan pemakanan dan juga pendedahan kulit kepada bahan pencemar dan bahan kimia merbahaya di udara dan kosmetik yang dipakai. Oleh itu, untuk kulit yang mumpunyai masalah jerawat dan jeragat yang serius, rawatan dari dalaman sangat-sangat penting. Penting untuk merawat dan memperbaiki sel-sel kulit yang telah rosak dan sekaligus memberi perlindungan kepada kulit daripada dirosakkan lagi oleh bahan pencemar dan kimia merbahaya.

Macam mana nak rawat kulit dari dalaman? 

Sebenarnya, tubuh kita Allah dah cipta sempurna dengan mekanisme baikpulih sendiri. Tapi ada masanya sistem badan kita gagal menjalankan fungsi baikpulihnya dek kerana sistem itu sendiri sudah rosak atau malfunction.
Faktor-faktor yang beleh merosakkan sell
So untuk kembalikan fungsi normal sistem baikpulih badan kita, kita kena supply nutrisi, vitamin, mineral dan juga protein yang diperlukan. Contoh kalau nak baiki tembok rumah yang dah roboh, selain kena ada tukang baiki, kena ada bahan-bahannya macam batu-bata dan simen.

Vitamin Yang Wajib Diambil Kalau Nak Bebas Jerawat Dan Jeragat

1) Vivix

Vivix mengandungi anti oksidan yang super. Bagaimana Vivix bantu merawat masalah jerawat batu dan jeragat? Sebenarnya bahan aktif dalam Vivix dapat membantu proses memperbaiki sel di peringkat DNA lagi. Oleh itu, sel-sel kulit yang rosak dapat diperbaiki dengan segera. Selain itu, bahan aktif dalam Vivix juga dapat bantu meningkatkan penghasilan sel-sel baru yang lebih muda dan sihat. Dengan sifat super anti oksida nya, Vivix dapat melindungi sel-sel kulit tadi daripada dirosakkan oleh radikal bebas dan juga bahan pencemar yang terdapat di udara dan kosmetik kita.

2) Vitamin C

Selain sifat anti oksida nya yang dapat melindungi kulit dari kerosakan, Vitamin C penting dalam proses penghasilan kolagen dalam badan. Kolagen menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan cantik. Jika kekurangan Vitamin C, kolagen tidak dapat dihasilkan. Sebab itu kulit jadi berkedut walau usia masih muda. Mahukah anda tua sebelum usia???

3) Vitamin E

Vitamin E membantu seimbangkan hormon dan kawal kadar minyak dalam liang kulit.
Selenium yang terdapat dalam Vitamin E Shaklee berfungsi untuk membantu meningkatkan kadar penyerapan Vitamin E dalam badan. Jadi, kalau nak cepat atasi masalah jerawat, makan Vitamin E Shaklee.

4) GLA

GLA merawat dan mengatasi masalah jerawat dengan mengawal paras hormon prostaglandin. Hormon ini berkait rapat dengan keradangan. Jerawat juga salah satu jenis keradangan kulit. Bila paras GLA dalam badan kurang, paras prostaglandin juga akan berkurang. So, nak tingkatkan paras prostaglandin, kita kenalah tingkatkan paras GLA dalam badan. GLA tidak boleh dihasilkan oleh badan. Maka kita kena ambil diet atau supplement yang mengandungi GLA ini. Hebatnya GLA Shaklee ini, kandungan Gamma Linolenic Acid (GLA la tu) lebih tinggi berbanding produk lain, plus ada Vitamin E lagi. So kesannya dalam merawat kulit bermasalah lebih cepat dan pantas.

5) ESP

Protein yang terkandung dalam ESP dapat menbantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati), termasuk jeragat. Protein juga penting untuk penghasilan sel-sel baru. Dengan konsisten minum ESP insyaAllab kulit akan jadi lebih putih berseri, halus dan licin.

Kalau anda mahu bebas dari jerawat batu dan jeragat dengan segera, pastikan anda rawat kulit wajah dari dalaman. Jika anda tak mahu wajah anda yang rosak itu jadi penghalang untuk anda bebas bersosial, anda perlu segerakan proses pemulihan kulit anda dari dalaman.

Kepada bakal pengantin, jangan sampai mak andam terpaksa tepek bedak tebal macam wayang cina pulak nanti untuk cover parut dan jerawat di wajah anda.

Anda pilih, nak make up natural macam gambar pertama ke atau anda nak mak andam anda terpaksa makeup kan ada macam gambar kedua?

So apa tunggu lagi? Nak rawat masalah jerawat batu dan jeragat dengan cepat?

Hubungi saya kak Suhailah untuk dapatkan set rawatan dalaman Shaklee 
(ID 930065)
Whatsapp / Telegram : 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
COD : 
1) Melaka - MITC, Tesco Cheng, Ayer Keroh Height, Batu Berendam
2) Pasir Gudang - Tmn Scientex, Tmn Mawar, Tmn Cendana, Tmn Kota Masai, Tmn Pasir Putih
Pos : Seluruh Malaysia

Monday 27 March 2017

8 Petua Atasi Masalah Kulit Dan Rambut Menggunakan Bahan Semulajadi

Nak cantik tidak semestinya kena pakai produk berjenama yang mahal-mahal. Ada banyak cara untuk kita pastikan kulit kita terutama kulit wajah cantik dan sihat. Antara adalah dengan mengamalkan 8 petua kulit cantik menggunakan bahan semulajadi seperti di bawah.

1. Timun


Timun bagus untuk bahagian mata. Timun dapat menghilangkan lingkara hitam mata (mata panda), mata bengkak, mengecilkan pori-pori kulit dan menghilangkan kesan sunburn.
Caranya : hiris nipis timun dan letakkan di atas mata. Buat la semasa anda nak tidur ye. Bukan ape, atleast tak ganggu aktiviti anda.

2. Teh Hijau

Teh hijau juga dapat bantu kurangkan lingkaran hitam pada mata dan melembabkan kulit yang kering.
Caranya : teh hijau yang sudah digunakan, letakkan di atas mata selama 15-20 minit. Pastikan uncang tersebut fresh tapi sudah sejuk (kalau panas kang ada pulak bengkak mata tu hihihi).

3. Air Beras


Menurut petua orang Jepun, air beras kaya dengan antioksida dan melambatkan prosepenuaan (almaklum Malaya dulu penah ditawan Jepun. Jadi petuanya pun ada yang melekat kat sini).
Caranya : Rendamkan kapas ke dalam air beras dan sapu ke wajah macam toner atau moisturizer.

4. Kunyit


Biasa kita tahu kaum wanita bangsa India memang amalkan sapuan kunyit pada kulit. Kalau kita tengok cerita hindustan ataupun tamil, kalau ada scene kawin-kawin nanti pengantin perempuan akan disapu dengan kunyit. Kunyit juga digunakan sebagai antiseptik dan scrub.
Caranya : bancuh sedikit serbuk kunyit dengan susu cair dan sapu di bahagian muka atau badan selama 15 minit. Jangan lama sangat nanti susah nak hilang pulak warna kuning tu. Hihi. Kang terkejut pulak orang kekeliling tengok muka awak.

5. Arang


Arang ni bukan untuk sapu kat muka ye. Itu askar boleh la. Hehehe.. Arang bagus untuk hilangkan kekuningan pada gigi. So kepada peminat kopi atau perokok tegar, boleh la amalkan gosok gigi dengan arang.
Caranya : tumbuk arang dengan sedikit garam, kemudian gosok gigi dengan jari. Nak pakai berus gigi pun boleh. Arang tersebut akan menyerap kekuningan pada gigi.

6. Minyak Kelapa


Rasa ramai yang tahu pasal kebaikan minyak kelapa untuk rambut kan. Petua ini banyak diamalkan oleh bangsa India. Dulu kecil-kecil pun mak-mak kita kalau nak lebatkan rambut mereka dan rambut kita sekali (haha), mesti akan sapu minyak kelapa. Minyak kelapa ini bagus untuk lebatkan rambut dan hitamkan rambut. Tapi nak dapatkan minyak kelapa pure sekarang ni pun macam susah je kan. Tambahan pulak baunya takut orang keliling tak tahan pulak. Haha..
Caranya : Sapu pada kulit kepala dan bahagian wajah atau badan yang mengalami kulit kering.

7. Oat

Oat kaya dengan fiber dan sesuai untuk dijadikan mask.
Caranya : Kisar oat menjadi halus. Kemudian campurkan dengan madu dan sapu pada wajah selama 15 minit.

8. Lidah buaya / Aloe Vera


Aloe Vera telah lama digunakan secara tradisional untuk menghilangkan parut terutama di wajah.
Caranya : Potong aloe vera, ambil lendirnya dan sapu pada parut. Amalkan setiap hari sampai parut hilang.

Banyakkan petua orang-orang tua. Nampak mudah. Tapi bila nak amalkan nya?? Agak-agak rajin tak nak prepare?? Hehe.. kalau rajin bagus la..
Untuk mereka yang nak cari alternatif cara yang lebih mudah, tak perlu tumbuk-tumbuh, bancuh-bancuh, hanya tuang dan telan sahaja, boleh la amalkan Vivix. Bahan aktif dalam Vivix berfungsi melindungi sel badan kita terutama kulit (sebab lebih banyak terdedah) daripada kerosakan radikal bebas dan bantu penghasilan sel-sel baru.
Bukan setakat rambut hitam lebat, kulit cantik dan awet muda malah dapat bonus kesihatan bertambah baik, InsyaAllah. So kalau rasa-rasa macam tak dan je nak amalkan semua petua di atas, boleh amalkan minum Vivix setiap hari.








Baca sini untuk info lanjut mengenai Vivix.
Macam mana nak dapatkan Vivix?

Hubungi saya Suhailah:
(ID 930065)
Whatsapp / Telegram : 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
COD : 
1) Melaka - MITC, Tesco Cheng, Ayer Keroh Height, Batu Berendam
2) Pasir Gudang - Tmn Scientex, Tmn Mawar, Tmn Cendana, Tmn Kota Masai, Tmn Pasir Putih
Pos : Seluruh Malaysia




Credit : mrtengkuasmadi.com

Sunday 26 March 2017

Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Assalamualaikum..

Saya Suhailah, pengedar Shaklee anda di Pasir Gudang, Johor. Saya pemegang ID 930065 bersedia membantu anda. Saya juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapore, Brunei, dan Indonesia, termasuk Eropah.


Jika anda mengalami masalah seperti badan lesu, tidak bermaya dan perlukan supplement yang dapat membantu anda bertenaga untuk menjalankan tugas harian, saya ada jawapannya. 
Jika anda perlukan bantuan untuk atasi masalah kesuburan, Shaklee ada vitamin yang dapat membantu tingkatkan kesuburan anda dan pasangan.
Jika anda perlukan supplement untuk berpantang, boleh hubungi saya.
Jika anda perlukan supplement untuk bantu kedua orang tua anda kekal cergas dan memudahkan mereka untuk beribadah, insyaAllah Vivix dapat membantu mereka.


Anda boleh scroll supplement Shaklee yang sesuai dengan masalah anda di bahagian kanan blog ini (sila tukar ke web version).

Sila hubungi saya Suhailah, untuk dapatkan supplement Shaklee dan konsultasi PERCUMA mengenai produk Shaklee.

Saya juga amat mengalu-alukan anda yang serius ingin menjadi pengedar Shaklee. Saya masih perlukan pengedar Shaklee di seluruh Johor dan Kuala Lumpur.

Baca <sini> dan <sini> untuk sedikit Pengenalan Mengenai Bisnes Shaklee.
Hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.

(ID 930065)
Whatsapp / Telegram : 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
COD : 
1) Melaka - MITC, Tesco Cheng, Ayer Keroh Height, Batu Berendam
2) Pasir Gudang - Tmn Scientex, Tmn Mawar, Tmn Cendana, Tmn Kota Masai, Tmn Pasir Putih
Pos : Seluruh Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...