Wednesday 22 October 2014

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Mudah Dan Berkesan!

Jeragat? Eii.. buruknye.. 
Anda sedang alami masalah ini?
Jeragat atau bintik-bintik hitam memang mengganggu emosi para wanita juga kaum lelaki yang memandang wajah wanita kesayangannya.
Manakan tidak, wajah yang putih dicemari corak-corak hitam. Sangat mencemarkan pandangan. Ada pulak yang sampai terpaksa menepek bedak tebal-tebal semata-mata ingin menutup jeragat atau bintik-bintik hitam tersebut. Akibatnya anda menjadi tak ubah seperti pelakon wayang opera cina.
Adakah anda ingin terus begini?
Atau inginkah anda memberi titik noktah kepada masalah yang membuatkan anda tidak selesa untuk keluar rumah?
Jika ya, teruskan membaca kerana saya ada petua untuk anda keluar dari mimpi ngeri ini.


Tahniah kerana anda betul-betul tekad untuk atasi masalah jeragat / bintik-bintik hitam yang menghantui anda.
Di sini terdapat beberapa petua yang anda boleh cuba :



1) Rendam segenggam beras di dalam air selama hampir 1 jam.
 Kemudian, toskan beras tersebut dan tumbuk bersama setengah inci kunyit hidup sehingga lumat.
Gaulkan dengan air perahan limau nipis (1biji) dan putih telur (1biji) sampai mesra.
Sapukan ke wajah seperti masker. Cuci apabila sudah kering.
Amalkan setiap hari sehingga jeragat/bintik-bintik hitam hilang.

2) Susu tepung
Gaulkan 1 sudu susu tepung (tak kesah susu ape jangan tepung gandum sudah.. hehe) dengan perahan limau nipis sampai jadi macam pes. Kemudian sapukan ke wajah seperti masker. Amalkan setiap hari sehingga jeragat/bintik-bintik hitam hilang.

3) Kulit pisang
Sapukan kulit pisang ke kulit wajah yang berjeragat. Biarkan selama 5 minit dan bersihkan muka.

4) Masker Facial Tissue
Rendamkan tisu (facial tissue, pilih yang tebal sedikit) dalam putih telur. Kemudian tekapkan ke wajah seperti masker. Biarkan sehingga kering. Buang tisu dan cuci muka sehingga bersih.

5) Daun sireh
Sejukkan daun sireh muda dalam peti sejuk semalaman. Setiap pagi gosokkan daun sireh tersebut di kulit wajah yang berjeragat.

6) Beras, Daun Betik & Kulit kayu manis
Rendam segenggam beras dalam air semalaman. Setelah kembang, kisar atau tumbuk dengan sedikit air, 2 inci daun betik dan 1 inci kulit kayu manis.
Setelah lumat, sapikan ke wajah dan biarkan kering. Basahkan sedikit tangan dan gosok (scrub) wajah untuk tanggalkannya. Kemudian cuci wajah sehingga bersih.

7) Hampas kelapa
Bukan sabut kelapa ye.. hehe..
Kalau dah perah santan kelapa tu, hampasnya jangan dibuang. 
Gosokkan hampas kelapa di wajah. Kemudian biarkan selama 5 minit atau lebih. Cuci wajah sehingga bersih.

Kesemua di atas adalah usaha secara tradisional dan luaran sahaja.

Untuk pengetahuan anda, jeragat atau bintik-bintik hitam adalah disebabkan oleh faktor luaran dan dalaman seperti kulit wajah kekurangan nutrien (akibat faktor usia yang semakin meningkat), selalu terdedah kepada cahaya matahari, penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai serta pengambilan ubat hormon seperti pil perancang.

Berikut adalah nutrient penting untuk menjaga kecantikan kulit terutama kulit wajah :



1) Vitamin C
Penting dalam pembentukan kolagen menjadikan kulit lebih anjal dan cantik. Tubuh kita sebenarnya juga menghasilkan kolagen. Dengan bantuan vitamin C yang cukup, tubuh dapat menghasilkan kolagen dengan lebih baik.

2) Vitamin E
Atau lebih dikenali sebagai vitamin awet muda kerana kaya dengan sifat antioksida yang membantu melambatkan proses penuaan.
Selain itu, Vitamin E juga dikatakan dapat membantu seimbangkan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit.

3) Protein
Protein dapat membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati) termasuk jeragat dan penting dalam penghasilan sel baru. Selain itu, kulit wajah menjadi lebih halus dan licin.

Selain ketiga-tiga nutrien di atas, air adalah salah satu elemen asas hidup yang sangat penting untuk kesihatan dan kecantikan. Air yang cukup dapat membantu mengekalkan kelembapan wajah dan mengurangkan risiko masalah kulit seperti jeragat / bintik-bintik hitam.

Berikut adalah beberapa testimoni dari pengguna produk Shaklee yang telah berjaya menghilangkan jeragat serta bintik-bintik hitam di wajah mereka.







Untuk maklumat lanjut,
boleh hubungi saya

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah



credit kepada :
mysweetyzara.blogspot.com, cikjatt.blogspot.com, www.mohayabeauty.com & google.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...