Monday 9 March 2015

Selamatkah Baby Carrier Anda? : Ketahui Ciri-ciri Carrier Yang Selamat Dan Ergonomic Supaya Anak Anda Tidak Terseksa.

Baby Carrier memang sangat penting bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Baby Carrier sangat digemari kebanyakan ibu bapa sebab lebih senang terutama jika terpaksa berada di tempat-tempat yang sesak seperti expo dan pasar malam. Tak kurang juga yang menggunakan baby carrier supaya ibu atau bapa dapat dukung anak sambil buat kerja. Bagi new mummies & daddies mesti peningkan nak pilih carrier yang mana almaklum di market (on9 & kedai) terlalu banyak la jenisnya. Bagi yang mampu akan pilih yang mahal, bagi yang kurang berkemampuan pulak akan pilih ikut bajet. Namun, bukan harga yang menjadi ukuran sebenarnya. Carrier yang betul adalah kriteria yang paling penting dalam pemilihan. Di sini saya ingin berkongsi tips macam mana nak pilih baby carrier yang betul.

1) TICKS : pilih carrier yang mematuhi prinsip TICKS ini.
T = Tight : Maksudnye anak mesti erat dalam dakapan ibu/ayah/pembawa namun kedua-duanya masih dalam keadaan selesa. Jangan terlalu ketat sampai anak susah nak bernafas.
I = In view at all times : Anak mesti sentiasa dapat dipantau. Untuk back carry, pastikan sentiasa berkomunikasi dengan anak.
C = Close enough to kiss : Pastikan kedudukan anak pada paras yang betul. Penandanya, kita dapat cium dahi/kepala anak (Untuk front carry). Kalau tak sampai nak cium tu maknanya kedudukan anak terlalu rendah. Tapi jangan jugak terlalu tinggi hingga menghalang penglihatan pembawa. Kang tak pasal2 langgar tiang.. hehehe..
K = Keep chin off the chest : pastikan dagu anak tidak terlalu bersentuhan @ tertekan ke dada anak kerana ini akan menyukarkan mereka untuk bernafas.
S = Supported back : bahagian belakang badan anak disokong dan berada dalam keadaan semula jadi. Penting bagi bayi yang berusia 4 bulan ke bawah untuk berada dalam bentuk C (seperti dalam kandungan) kerana tulang belakang mereka masih belum kuat. Memaksa mereka duduk dikhuatiri akan mencederakan @ mengganggu tumbesaran tulang belakang mereka.

2) Selesa, ergonomic dan selamat
Penting untuk pembawa dan anak berada dalam keadaan yang selesa.


Seksa kan kalau tergantung. Sian kat anak.




Bag sling adalah merbahaya kerana boleh menyebabkan bayi lemas. Di US produk ini tidak lagi boleh dijual kerana telah berlaku kes bayi mati lemas.

Hipseat tidak ergonomic kerana tidak menyokong belakang badan bayi.

3) Beli yang original
Dipasaran banyak baby carrier yang tiruan. Hati-hati dalam membeli. Produk tiruan merbahaya kerana tidak menjalani QC dan mempunyai kualiti yang rendah. Jangan kerana sayangkan duit, anda meletakkan nyawa anak anda dalam bahaya.
Macam mana nak tau yang original dan tiruan? Biasanya yang tiruan dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding original (bagi saya tetap mahal untuk barang tiruan)(untuk ssc original brand local boleh dapat around 230++, brand international macam Boba atau Ergobaby harga bermula dari 380++)(wrap/ring sling 150++)(kalau murah lagi dari tu lebih baik selidik dulu). Namun jangan ingat yang mahal itu semua ori.
Untuk elakkan dari anda terbeli yang tiruan, belilah dari pengedar / penjual yang sah. Nak tau macam mana nak cari pengedar sah? Teruskan membaca.

4) Pilih ikut kesesuaian
Dipasaran ni banyak jenis baby carrier yang dijual. Ada wrap, soft structure carrier (ssc), ring sling dan macam-macam lagi. Pilih ikut kesesuaian umur bayi anda. Rujuk gambar dibawah untuk panduan.



Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai cara-cara nak carry baby atau dipanggil baby wearing, anda boleh join group facebook Malaysian Babywearers. Banyak info yang boleh didapati dan dipelajari. Mereka juga sering anjurkan perjumpaan untuk ibu bapa mencuba pelbagai jenis carrier yang TICKS.

Nak beli tapi harga terlalu mahal? Memang tak dinafikan harga carrier yang disenaraikan di atas agak mahal tapi berbaloi sebenarnya.
Bagi mereka yang belum ada bajet, boleh mulakan dengan menggunakan kain batik lepas. Tapi pastikan kain masih baru dan kukuh.
Anda juga boleh beli 2nd hand @ used baby carrier dari penjual yang dipercayai. Macam mana caranya? Join group facebook Malaysian Babywearers FSOT and Rental.

Bagi mummies yang dah terbeli carrier yang tak ergonomic macam crotch carrier tu jangan bimbang. Anda tak perlu buang (sayang jugakkan harga nya pun mahal especially brand bjorn). Anda boleh ubah kan jadi ergonomic carrier seperti dalam gambar di bawah. Boleh gunakan shawl yang tebal tu.


Macam mana nak beli baby carrier dari penjual yang sah?
Di Malaysia ni ramai jugak penjual ergonomic carrier. Antaranya Snuggbaby, Fabulous Mom, Anak Ibu Shop, Yammie, Baby Vibes dan Big Eye Shop. Anda boleh rujuk file 'approved vendor' di dalam group Malaysian Babywearers untuk maklumat lanjut.
Bagi ssc brand Ergobaby, anda boleh rujuk di laman web mereka senarai penjual yang sah di serata dunia.

Sekian, Happy Babywearing :)

Info dan gambar credit : Malaysian Babywearers Group
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...