Friday 24 April 2015

Petua Kurangkan Kegatalan Dan Ruam Chicken Pox Dan Cara Menghilangkan Parut Chicken Pox Agar Wajah Kembali Licin Supaya Anda Tak Perlu Lagi Sorokkan Wajah

Penawar untuk mengurangkan kegatalan dan ruam chickenpox atau cacar air ini sebenarnya mudah didapati kerana menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah. Chickenpox atau cacar air biasanya menyerang kanak-kanak di bawah usia 10 tahun. Tapi ada juga orang dewasa yang terkena sebab mereka belum pernah lagi dijangkiti semasa kanak-kanak. 
chickenpox, cacar air
Chickenpox atau cacar air adalah disebabkan oleh virus varicella-zoster. Ia mudah berjangkit, oleh itu mereka yang terkena jangkitan ini digalakkan untuk kuarantin di rumah seboleh-bolehnya sehingga parut benar-benar kering dan pulih. Tapi ye la kan, untuk kanak-kanak yang ibu bapa bekerja atau orang dewasa yang bekerja, susah nak cuti lama-lama..

Di sini saya nak share petua yang boleh anda cuba untuk kurangkan kesan kegatalan dan ruam akibat chickenpox atau cacar air. Kebanyakan bahan-bahan ini kita gunakan dalam masakan. Kesian kat anak-anak kecil yang tak tahan akibat chickenpox atau cacar air ini.


#1 Baking Soda
Campurkan ½ sudu the baking soda ke dalam segelas air. Sapukan ke seluruh tubuh dengan air campuran ini. Boleh gunakan span atau kain. Biarkan air kering pada kulit. Untuk buat air mandian, campurkan setengah cawan baking soda ke dalam air mandian.
chickenpox, cacar air
>> Baking soda adalah salah satu bahan yang sering digunakan untuk menguranglan rasa gatal-gatal akibat chickenpox atau cacar air. Menyapu baking soda pada kulit boleh mengelakkan lepuh dan ruam menjadi lebih teruk.

#2 Madu
Sapu madu dalam lapisan nipis ke seluruh permukaan kulit yang terdapat ruam, lepuh atau gatal-gatal. Biarkan beberapa minit dan kemudian bersihkan. Buat 3 hingga 4 kali sehari.
chickenpox, cacar air
>> Madu bersifat antibakteria yang sangat bagus untuk menyembuhkan kerengsaan. Dikatakan bahawa gula ringkas semulajadi dalam madu bersama-sama dengan cirri-ciri antibakteria itu dapat memberikan kesan menenangkan ini.

#3 Oat
Kisar 2 cawan oat menjadi serbuk halus (tak perlu halus sampai menjadi tepung). Isikan tab mandi atau baldi dengan air suam. Campurkan oat tersebut ke dalam air mandian itu dan kacau seketika. Rendam atau siram badan dengan air campuran ini. Kemudian bilas badan dengan air bersih.
chickenpox, cacar air
>> Oat bukan sahaja baik untuk  kesihatan jantung dan kurangkan kolesterol malah merupakan salah satu penawar bagi chickenpox atau cacar air. Oat yang dijadikan sebagai bahan rendaman dalam air mandian boleh membantu melegakan kegatalan akibat daripada ruam dan lepuh.

#4 Bunga Jasmine
Minum teh Jasmine 2-4 kali sehari. Anda boleh dapatkan teh  ini di kedai-kedai teh herba. Hanya rendam dalam air panas dan minum. Bunga Jasmine juga boleh dijadikan mandian. Ambil segenggam bunga Jasmine dan kisar. Campurkan bunga Jasmine yang dikisar dengan air beras. Campurkan air beras ini dengan air suam dan gunakan untuk mandi.
chickenpox, cacar air
>> Ini adalah salah satu cara orang Thai untuk merawat cacar air. Orang di Thailand menggunakan bunga Jasmine untuk membuat teh dan juga untuk mandi bagi merawat cacar air. Bunga-bunga ini mudah didapati di mana-mana kedai ubat herba dan teh herba.

Tubuh pesakit chickenpox / cacar air memerlukan nutrient asas termasuk vitamin, mineral dan enzim untuk memulihkan kembali sistem imunisasi dan ketahanan tubuh. Nutrient juga membersihkan sisa toksik dari sel-sel untuk merawat chicken pox /  cacar air. Oleh itu, pesakit haurs mengambil diet tertentu ketika diserang chicken pox /  cacar air.
Antaranya adalah :
  • Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh menyediakan badan dengan phyto-nutrient yang diperlukan untuk menguatkan sistem imun.
  • Minum jus yang kaya dengan Vitamin A dan C. Jus lobak merah dengan daun ketumbar dan sedikit jus lemon adalah baik untuk mengubati chicken pox /  cacar air. Tambah madu untuk menjadikannya lebih berkhasiat.
  • Makan sup ayam dan sup sayura-sayuran.
  • Elakkan makanan bergula dan diproses serta soda.
  • Hadkan pengambilan produk tenusu tetapi yogurt boleh diambil.
  • Hadkan pengambilan daging, roti atau makanan lain yang boleh member tekanan pada sistem pencernaan.
  • Elakkan garam, cili, mentega dan makan pedas.
  • Minum banyak air.

Memang kesian bila anak kecil terkena chickenpox atau cacar air.. sedangkan kita orang dewasa pun tak tahan. Semoga petua ini dapat membantu kurangkan ketidakselesaan pada anda atau anak anda..

>>Saksikan bagaimana akak ni hilangkan parut chickenpox beliau sehingga dapat kembalikan kulit Miss Universe beliau..<<

Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.


Untuk hilangkan parut chickenpox atau cacar air pada orang dewasa, boleh juga menggunakan set kulit premium daripada Shaklee. InshaAllah kulit akan kembali gebus.


chickenpox, cacar air, jeragat, jerawat, set kulit cantik, kulit bermasalah, rawat kulit

Boleh hubungi saya Suhailah di 
0192882244
atau email n_su2008@ymail.com 
untuk maklumat lanjut atau order.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...