Monday 13 April 2015

Resepi Sambal Goreng Singapore Versi Mak Aku

Sambal goreng memang menu lejen orang Jawa. Sambal goreng dan orang Jawa sememangnya berpisah tiada.. hehe.. tak percaya? Pergilah kenduri doa selamat ke atau kenduri apa-apa kat rumah orang Jawa, confirm ada. Lebih-lebih lagi kalau dihidang nasi ambeng. Pergh..
Tapi kali ni saya nak share resepi Sambal Goreng Singapore versi mak saya. Untuk pengetahuan anda yang tak pernah makan di kenduri kawen atau berhari raya di rumah orang Singapore (orang selatan Johor pon ramai yang buat versi ini), sambal goreng singapore memang berbeza dengan sambal goreng orang Jawa muo. Biasa orang panggil Sambal Goreng Pengantin. Sebabnya biasa dihidangkan dalam kenduri kawen. Alamak terlebih membebel plak. hehe.. ok, saya bagi la resepinya. Tapi yang ni versi mak saya. So agak berbeza sedikit dengan sambal goreng singapore yang biasa tu.

Bahan A
*Tahu keras 3 ketul – potong 3 bahagian dan hiris nipis (lebih kurang 5mm)
*Tempe daun 3 ketul – potong 2 @ 3 bahagian secara memanjang kemudian hiris nipis (lebih kurang 5mm).
*saiz boleh adjust ikut kesukaan anda. Sorry xde gambar contoh. Lupe pulak nak amik masa prepare bahan.
Segenggam kacang panjang – hiris serong (nak tambah lebih pun boleh).
Udang sederhana ½ kg – dikopek kulit (jangan buang kulit dan kepalanya)
Cadangan bahan-bahan lauk tambahan – boleh tambah paru & hati lembu. Pastikan hati dan paru tu rebus dahulu.

Bahan B
1 biji bawang besar / 1 sudu besar bawang kisar.
2 ulas bawang putih / 1 sudu teh bawang putih kisar.
1 sudu besar cili kering kisar (boleh adjust ikut kepedasan yang anda ingin).
2 batang serai sederhana – dihiris halus macam bunga rampai.

Bahan lain
Kulit dan kepala udang – bersihkan dan kemudian blend bersama 2 cawan air. Tapis dan ambil airnya sahaja.
Santan pekat 1 kotak (250ml)
½ sudu makan asam jawa
1 biji bawang besar saiz sederhana – dihiris nipis.
1 – 2 biji lada merah – dihiris serong.
Garam
Ajinomoto

Cara-caranya
  1. Goreng sebentar bahan A secara berasingan. Kacang panjang dan udang goring sekejap sahaja.
  2. Tumis bahan B sampai naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan garam dan ajinomoto.
  4. Masukkan air tapisan kulit dan kepala udang. Masak sampai mendidih.
  5. Masukkan udang sampai separuh masak.
  6. Masukkan santan. Kacau untuk elak pecah minyak.
  7. Masukkan asam jawa.
  8. Rasa kuahnya, adjust jika perlu.
  9. Apabila kuah hampir masak, masukkan bahan A. Gaulkan semua.
  10. Tambah air jika kuah terlalu pekat. Ikut kesukaan anda nak pekat mana.
  11. Last sekali, taburkan bawang dan lada merah yang dihiris. Gaulkan.
  12. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Boleh dimakan bersama nasi putih atau ketupat.


Selamat mencuba =)


Dah lepas makan ni, jangan lupa telan Alfalfa dan juga OmegaGuard.
Biar keluar semula lemak-lemak jahat yang ditelan.

Nak order?
Boleh whatsapp saya 0192882244

5 comments:

  1. syabas....boleh buat terbuke selera chef obie ..

    ReplyDelete
  2. hehe.. boleh la cuba chef.. gerenti menjilat jari ;)

    ReplyDelete
  3. Nak tanya santan sekotak yg mana?? Kecil,,sedang atau besar?? Hehe.. tgk gambar nak meleleh air liur.. ooppsss puasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply.. terima kasih atas pertanyaan, baru perasan sy tak tulis sukatan santan tu dgn betul.. hehe.. terima kasih ye ingatkan..
      Santan tu saya guna yang kotak kecil 250ml..
      Selamat mencuba.. memang sedap..

      Delete
  4. Kalau versi mak mertua saya bawang besar dihiris dan digoreng bawang putih pon ....cili merah cili hijau hiris dan digoreng sedikit...yg blend pon ada jgk

    ReplyDelete

komen anda sgt2 dihargai. Tinggalkan juga link anda. InshaAllah sy dtg melawat blk ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...