Wednesday 1 July 2015

10 Makanan Merbahaya Yang Ibu Hamil Perlu Elak Jika Tidak Mahu Kesihatan Bayi Terjejas

Assalamualaikum..
Apa khabar ibu-ibu? Sihat? Masih mampu teruskan berpuasa? Alhamdulillah.. tapi ingat, jangan paksa diri tau. Ibu hamil wajib jaga kesihatan diri dan baby. Cakap pasal kesihatan, hari ini saya nak share dengan ibu-ibu semua 10 makanan merbahaya yang ibu-ibu hamil perlu elak jika tidak mahu kesihatan bayi terjejas. Ye, ibu-ibu hamil wajib tahu apa makanan yang tidak boleh dimakan sepanjang kehamilan. Kerana terdapat makanan yang boleh menjejaskan kesihatan baby dan juga boleh menyebabkan kecacatan. Mudah-mudahan dijauhkan dan ibu-ibu semua mendapat anak yang comel dan baik budi pekerti. Amin.

Jom kita tengok apa yang ibu-ibu hamil tak boleh makan.

1.    Makanan Laut Yang Mengandungi Merkuri Yang Tinggi
Merkuri memang merbahaya terutama ibu-ibu hamil. Sebabnya merkuri boleh merosakkan otak, pendengaran dan juga penglihatan baby yang sedang dikandung. So ibu kena perhati betul2 apa makanan yang berkemungkinan mengandungi merkuri yang tinggi.
Biasanya ikan-ikan besar seperti ikan Yu, ikan Todak dan Tuna (termasuk dalam tin) mengandungi merkuri banyak sebab mereka ni hidup lama. So semakin lama mereka sehidup, semakin banyak la merkuri yang mereka serap.
Tapi ibu-ibu jangan pulak tak makan ikan langsung. Ikan baik untuk ibu dan baby sebabnya mereka lah sumber terbaik protein, vitamin B-12, zink dan asid lemak omega-3 (termasuk DHA & EPA). Antara ikan yang boleh untuk dimakan adalah ikan bersaiz sederhana kecil dan kecil seperti ikan tilapia, ikan salmon, ikan cod, ikan keli dan kerang-kerangan. Ikan-ikan ini juga mengandungi merkuri namun dalam kuantiti yang sedikit. So ibu-ibu kalau nak makan, pastikan tidak lebih dari 12 ounces seminggu. Pastikan juga seafood ini fresh dan dimasak betul (jangan mentah atau separa masak).
Kalau ibu-ibu rasa susah dan still rasa risau, ada cara yang lebih mudah dan selamat untuk ibu-ibu pastika baby ibu dapat semua benefit dan nutrisi seperti di atas. Nak tahu macam mana? Teruskan membaca sehingga habis entry ini.


2.    Sushi



Siapa yang suka sushi? Kena puasa dari makan sushi ye ibu-ibu. Kenapa tak boleh makan? Rasanya ibu-ibu mesti dapat agak kan? Iye betul, sebab sushi biasanya menggunakan seafood mentah. So, bila mentah, ada la bakteria-bakteria yang masih hidup dan merbahaya untuk ibu dan baby. Walaupun ada sushi yang dijual masak, tapi dikhuatiri berlaku kontaminasi silang semasa proses penyediaan. Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan la ye ibu.

3.    Deli Meat & Prepared Deli Foods
Ramai ke ibu-ibu yang suka makan deli meat ni? Sama juga la isunye dengan sushi iaitu kontaminasi dengan bacteria, tapi bacteria spesifik iaitu bacteria listeria. Bukan histeria ye.. hehe.. Jika terjangkit, bacteria ini boleh memasuki aliran darah dan boleh sampai ke baby melalui tali pusat.  Jangkitan bacteria ini yang dikenali sebagai listeriosis boleh menyebabkan keguguran. Bacteria ini boleh hidup di bawah suhu 40 darjah. Jika ibu-ibu masih nak makan juga, pastikan masak pada suhu sekurang-kurangnya 145 darjah untuk pastikan bacteria ini benar-benar mati. Untuk Deli food yang dah siap lagi berisiko sebabnya kita tidak tahu sudah berapa lama ia disiapkan, dah berapa lama ia terbiar di kedai, adakah bahan-bahan yang digunakan dibasuh bersih, adakah orang yang sediakan tu mengamalkan kebersihan.

4.    Keju Yang Tidak Dipasteur (Unpasteurized cheese)
Cheese?  Ermmm sedapnya kan.. tak boleh makan cheese? Boleh la.. hehe.. tapi cari yang dah dipasteur. Macam mana nak tau? Tengok labelnye. Cheese yang tidak dipasteur berkemungkinan mengandungi bacteria merbahaya seperti listeria. Contoh cheese yang tidak dipasteur adalah cheese lembut seperti feta, cheese kambing, camembert, blue cheese dan Mexican gueso fresco atau gueso blanco.

5.    Tauge Mentah / Sayur Mentah
Alamak tauge mentah atau separa masak la biasa sedapkan. Rangup-rangup gitu. Tapi kan tauge ni boleh jadi rumah atau tempat pembiakan bacteria seperti salmonella, listeria dan E.coli. Apa-apa sayur mentah yang biasanya direndam memang berisiko tinggi mengandungi bacteria bawaan air ini.

6.    Adunan dan Doh Mentah
Ni khas untuk ibu-ibu yang suka baking atau yang memang buat bisnes confectionary. Jangan la dok merasa doh atau adunan yang belum dimasak tu ye.. walaupun baunya menusuk kalbu.. Ini bukan perkara remeh ye ibu. Sebabnya kemungkinan besar doh atau adunan mentah tersebut mengandungi bacteria salmonella. “eh before ni ok je bila merasa doh atau adunan mentah. Tak sakit perut pun”. Ye ibu, pada keadaan biasa sistem pertahanan badan kita kukuh. Tapi bila hamil, sistem badan kita agak lemah. Yang paling utama adalah baby dalam perut tu. Sistem pertahanan tubuh mereka belum develop lagi. Amat merbahaya buat baby jika bacteria memasuki salur darah mereka melalui plasenta ibu.

7.    Jus / Susu Yang Tidak Dipasteur
Sentiasa perhatikan label semasa membeli jus. Perkataan PASTEURIZED  wajib ada pada label. Jika takde, jangan beli. “tapi macam mana dengan fresh juice? Haa… untuk fresh juice ada kelonggaran sikit. Fresh juice boleh diminum tanpa Pasteur TAPI perlu / wajib diminum dalam masa 1 jam selepas diperah/prepared. So kalau ada orang jual yang dah siap2 perah tu, better jangan minum.

8.    Minuman Berkafien
Sebenarnya tiada lagi kajian yang kukuh mengenai kesan kafein pada kandungan. Namun demikian, ibu-ibu digalakkan untuk tidak atau kurangkan minum minuman berkafien. Maksimum pengambilan adalah 1 atau 2 cawan kecil (<12 ounces). Antara minuman yang mengandungi kafien adalah kopi, Nescafe, teh dan coklat (milo etc). Untuk ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti darah tinggi seeloknya jangan minum langsung kopi atau nescafe (sebab kandungan kafiennya agak tinggi berbanding yang lain), kerana kafien boleh menyebabkan masalah tersebut menjadi teruk.

9.    Alcohol
Alcohol sememangnya tidak baik untuk kesihatan apatah lagi bila ibu sedang hamil. Bagi Muslim memang confirm la tak boleh minum kan. But for mommies non-muslim, yang dah terbiasa minum alcohol walau dalam kuantiti sedikit, elak-elakkan la ya. It is bad for your baby. Alcohol boleh menyebabkan kecacatan fizikal dan mental buat baby dalam kandungan.

10. Hati
Tengah hamil ni memang perlu sangat2 kurangkan makan hati. Bukan “makan hati” yang peribahasa tu ye juga. Hehe.. “eh tapi nurse kat klinik suruh makan hati sebab nak naikkan Hb, camne tu?”. Boleh makan, tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Sebenarnya, dalam hati mengandungi vitamin A yang sangat tinggi. Vitamin A yang tinggi bahaya untuk kandungan terutama di awal kehamilan kerana boleh menyebabkan kecacatan pada baby.

Ibu-ibu jangan sedih ye.. yang tak boleh makan/minum sikit je.. banyak lagi makanan/minuman yang boleh diambil. Masa hamil ini adalah waktu yang sangat kritikal. Ibu-ibu perlu menjaga kesihatan diri dan juga baby dalam kandungan. Pastikan ibu mengambil nutrisi yang cukup dan elakkan kerja berat-berat dan elakkan stress. Emosi dan kesihatan ibu sangat mempengaruhi perkembangan dan kesihatan baby.

Saya cadangkan ibu-ibu untuk mengamalkan set hamil dari Shaklee ini bagi memastikan keperluan nutrisi ibu dipenuhi. Saya juga amalkan semasa hamil anak ke-2 tahun lepas. Anak pertama tak sempat sebab masa tu belum kenal lagi Shaklee yang awesome ini.. hehe.. Alhamdulillah saya tiada masalah seperti keletihan mahupun stress. Bacaan Hb pun cantik.

Set Hamil Shaklee ni atau kini dikenali sebagai YES PACK Pre-natal, terdiri daripada :
ESP, Vitamin C, Vitalea, B-Complex, OsteMatrix dan OmegaGuard.

Untuk mengetahui apa kebaikan Set Ibu Hamil Cergas dari Shaklee ini, ibu-ibu boleh rujuk entry berikut:
>> 10 Makanan Superfood Yang Wajib Diambil Oleh Ibu Hamil Terutama Mereka Yang Bekerjaya Dan Supersbusy 

Dalam video ini diceritakan lebih banyak mengenai YES YES PACK Pre-natal Shaklee yang ibu-ibu perlu tahu supaya tidak kerugian.


Juga terdapat video tips bagaimana untuk kekal cergas walaupun hamil di sepanjang bulan puasa.

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian
Hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...