Tuesday 7 July 2015

5 Tips Kurangkan Batuk Berkahak Pada Anak Bawah 3 Tahun

Assalamualaikum.. apa khabar? Hari ini saya nak buat entry pasal 5 tips kurangkan batuk berkahak pada anak yang berusia bawah 3 tahun. Kenapa 3 tahun? Sebabnya anak dibawah usia 3 tahun tak pandai nak keluarkan kahak. 4 tahun ke atas biasanya dah pandai meludahkan kahak atau melalui hidung.Tapi kalau ada anak berusia 4 tahun ke atas masih tak pandai buang kahak, boleh juga gunakan tips ini. 



Sebenarnya anak saya sendiri sedang batuk berkahak. Usianya baru 7 bulan. Kesian sampai demam-demam. Saya dah cuba beberapa tips kurangkan batuk berkahak ini. Alhamdulillah kurang sikit. Tengah usaha lagi supaya baby saya cepat sembuh. kesian dia tak lena tidur malam.

Tips Kurangkan Batuk Berkahak Pada Anak Bawah 3 Tahun
#1 Teknik Percussion
Percussion sebenarnya adalah perbuatan menepuk sesuatu permukaan. So literally, teknik ini memerlukan kita menepuk. haa kat mana nak terpuk? jangan tepuk pipi or kepala or leher anak plak.. kang jadi lain plak.. huhu..
Teknik percussion ini adalah dengan menepuk bahagian belakang badan anak sambil kita wapkan wajah mereka dengan wap air panas. Disebabkan teknik ini menggunakan air panas dan anak akan meronta, oleh itu better buat berdua untuk langkah2 keselamatan. Anak akan menangis dan meraung. Ianya tidak memudaratkan namum saya nasihatkan tetap juga perhatikan wajah anak dan anggota badan lain takut2 terkena air panas, sakit plak. Tapi teknik ini memang berkesan kalau anak nangis. Sebab bila dia nangis, biasanya mucus atau hingus akan terhasil, jadi kahak boleh keluar bersama-sama dengan hingus. First time saya buat anak saya tak nangis malah hampir terlelap (huhuhu), so tak keluar kahaknya. 2nd time, dia melalak then keluarlah kahak melalui hidung.

gambar credit to superibu.com
Cara-caranya :
Ambik sebesen kecil air panas,masukkan bawang putih yang diketuk.
Halakan muka anak ke arah wap panas tadi ( suhu jangan panas sangat tau) sambil tu tepuk bahagian tepi belakang anak. 
Pastikan tangan anak tidak bebas supaya tidak tersentuh air panas tadi.
Ulang teknik ini sehingga air sejuk 

Tips Kurangkan Batuk Berkahak Pada Anak Bawah 3 Tahun
#2 Sapu Minyak Bawang Putih
Minyak bawang putih ni kena buat sendiri. Bukan cari kat mana-mana kedai ye. Hehehe. Sapu minyak ini di bahagian belakang badan, dada dan tapak kaki. Lebih baik, bawang tu dimasukkan ke dalam stokin dan pakaikan pada anak.

Gambar credit to onesupplement.blogspot.com
Cara-caranya :
Ketuk 2 ulas bawang putih bersaiz sederhana.
Bakar atau goreng bawang sekejap dan kemudian ketuk.
campur dengan minyak masak atau minyak kayu putih.
Untuk letak dalam stokin, ami 2 pasang stokin anak, 1 pasang yang berlubang, 1 pasang yang biasa. pakaikan anak stokin berlubang itu, dan letakkan bawak putih (dalam minyak tadi) di kedua-dua kaki. kemudian pakaikan stokin yang tak berlubang tu. biasanya saya pakaikan anak semalaman ketika dia tidur.

Tips Kurangkan Batuk Berkahak Pada Anak Bawah 3 Tahun
#3 Madu

Untuk anak yang dah berusia 1 tahun ke atas, boleh diberi makan madu. Untuk anak bawah 1 tahun dan breastfeed, ibu boleh amalkan madu. Makan 1 sudu teh (kanak-kanak) / sudu makan (ibu) sehari.

Tips Kurangkan Batuk Berkahak Pada Anak Bawah 3 Tahun
#4 Tepuk Anak
Tepuk belakang anak selepas 30 minit atau 1 jam selepas makan ubat untuk longgarkan kahak dalam paru-paru. Biasanya anak akan batuk atau bersin selepas ditepuk dan keluarkan kahak.

Tips Kurangkan Batuk Berkahak Pada Anak Bawah 3 Tahun
#5 Titis Normal Saline Eye Drop Solution
Haa! Eye drop boleh hilangkan kahak? Haa jangan tak tau. Doktor biasanya akan prescript eye drop ini jika anak kecil betuk berkahak. normal saline ini dapat membantu melegakan kahak dan melonggarkan saluran pernafasan.
Titiskan 1 titik normal saline (setiap lubang hidung). Ulang 3 kali sehari.

Tips ini adalah salah satu usaha. Kesannya mungkin tidak sama dengan setiap orang. Yang penting kita berusaha. Jika batuk anak terlalu lama dan tiada tanda-tanda berkurang, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Selain itu, boleh juga beri anak2 OmegaGuard, Vitamin C, Nutriferon dan Vita-lea (children) untuk bantu tingkatkan imuniti mereka dan elak dari asyik diserang batuk dan selsema.


Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian
Hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...