Monday 13 July 2015

6 Cara Merawat Bayi Demam Akibat Jangkitan Virus

Assalamualaikum.. Apa khabar? Tengah cuaca tak menentu ni ramai yang kurang sihat ye. Paling kesian bila si kecil yang demam. Apa yang perlu dilakukan? Apa cara nak merawat? Mesti perkara pertama yang difikikrkan adalah bagi ubat demam dan antibiotik. Tapi betul ke cara tu? Ramai yang masih kurang sedar mengenai cara merawat demam akibat jangkitan virus. Ramai yang keliru dan sangkakan asal demam je mesti rawatannya makan antibiotik. Hakikatnya ini adalah pemahaman yang salah, antibiotik hanya boleh merawat demam yang disebabkan jangkitan bakteria dan tidak berkesan untuk demam akibat jangkitan virus. 



Demam secara umumnya disebabkan sama ada jangkitan bakteria atau jangkitan virus. Entry kali ni saya nak fokus mengenai demam akibat jangkitan virus dan cara merawatnya. Demam akibat jangkitan virus (viral fever) selalu berlaku pada musim selsema. Kanak-kanak dan bayi sangat mudah mendapat jangkitan ini. Bayi di bawah usia 2 tahun cenderung mendapat komplikasi akibat jangkitan virus ini seperti pnuemonia. Oleh itu, jika anak anda mendapat demam akibat jangkitan virus, segera rawat supaya tidak melarat. 

Tanda-Tanda Demam Akibat Jangkitan Virus. 
Apakah tanda-tanda jika anak diserang demam virus? Biasanya demam akibat jangkitan virus didahului dengan demam panas iaitu sekitar suhu 37.7 oC hingga 39.5 oC. Bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti demam virus akan mengalami sakit-sakit badan terutama di bahagian belakang dan kaki. Sebab tu mereka akan sentiasa merengek dan menangis. Tanda-tanda lain yang boleh anda perhatikan adalah:
demam, 
selsema, 
hidung tersumbat, 
sakit tekak, 
sakit kepala, 
menggigil, 
lemah, 
muntah-muntah, 
cirit-birit dan 
sakit perut. 
Sebenarnya susah jugak nak bezakan antara demam virus atau bakteria. Kalau nak tahu lebih tepat boleh buat ujian darah (Full Blood Count).

Cara Untuk Elakkan Anak Dari Demam Akibat Jangkitan Virus. 
Anak kecil terutama bayi sangat mudah dijangkiti dan mengalami komplikasi sebab pengambilan vaksin mereka belum lengkap. Oleh itu, langkah berjaga-jaga sangat penting untuk elakkan mereka dari dijangkiti. 

  • Jauhkan anak-anak dari sesiapa yang sakit. Kalau boleh jangan biarkan anak-anak bermain atau mendekati mereka yang sedang demam, batuk atau selsema. Namun, saya faham situasi ibu bapa yang hantar anak ke taska atau pengasuh. Memang sukar nak kawal perkara ini. Saya pun hantar anak ke taska. Apa yang mampu saya buat hanya doa dan tawakal sahaja.




  • Kerap basuh tangan anda dan anak anda dengan sabun untuk elakkan jangkitan virus. 
  • Jangkitan virus sering terjadi semasa perubahan cuaca. Amalkan extra careful setiap kali perubahan cuaca berlaku. 


Cara Merawat Demam Akibat Jangkitan Virus. 

  1. Minum air secukupnya. Anak-anak yang demam akibat jangkitan virus biasanya akan kehilangan air melalui cirit-birit, muntah-muntah dan batuk selsema. Susukan anak sekerap mungkin.Anda boleh juga berikan Oral Rehydration Salts (ORS) (boleh dapatkan di klinik). Cecair ini dapat membantu mengembalikan nutirisi yang telah hilang. Boleh bagi walaupun anak hanya menyusu badan. 
  2. Ubat. Sebenarnya kalau demam akibat jangkitan virus, doktor hanya akan beri ubat demam untuk turunkan suhu dan tahan sakit, serta ubat batuk dan selsema. Tiada antibiotik akan diberikan sebab takkan berkesan. Antiviral pun sangat jarang diberikan. Berikan anak ubat demam dan batuk seperti yang diarahkan oleh doktor (jika perlu). Disebabkan demam ini boleh menyebabkan badan anak-anak sakit, oleh itu, jika perlu dan dibenarkan doktor, berilah mereka paracetamol untuk melegakan kesakitan yang dialami. 
  3. Berehat. Biarkan anak berehat secukupnya di rumah. Pastikan ruang bilik tidurnya bersih dan tidak bising. Anak-anak yang dijangkiti demam virus perlu berehat sekurang-kurangnya seminggu untuk bantu mereka melawan sakit dan kembali pulih. Untuk ibu bapa yang bekerja, pastikan simpan cuti rehat anda untuk hal-hal seperti ini. Anak-anak yang dijaga pengasuh atau taska sangat mudah dijangkiti penyakit berjangkit seperti demam dan lain-lain. Bila mereka sakit, adalah lebih baik kita sendiri yang jaga mereka. 
  4. Mandikan. Kerap mandikan anak untuk turunkan suhu badan. Disiang hari, boleh mandikan dengan air biasa (tak perlu tambah air panas, tapi jangan terlalu sejuk). Di waktu malam boleh lap atau mandikan dengan air suam. Jangan mandikan anak dengan air sejuk di waktu malam kerana dikhuatiri demam anak menjadi lebih teruk. Kalau ikut petua, boleh mandikan dengan air asam jawa. Jika suhu anak terlalu tinggi, malam tek perlu pakaikan baju dan balut tubuh mereka dengan kain basah. Sentiasa basahkan kain tersebut. 
  5. Basuh tangan. Sentiasa basuh tangan anda sebelum dan selepas menyentuh anak yang demam untuk elak menjangkiti anak-anak yang lain. 
  6. Buka tingkap. Kalau boleh, buka tingkap dan pintu untuk biarkan aliran udara keluar masuk dengan lancar. 


Demam akibat jangkitan virus ni biasanya tidak serius. Kalau anda bawak anak ke klinik pun nanti doktor akan cakap ’tak de pape ni. Jangkitan virus je‘.. Je? Walaupun berat hati nak terima cakap doktor tu, ye la anak kita dah merengek kesakitan dan badan pun panas sangat, kita kena redha. Huhu.. tapi dalam masa yang sama teruskan merawat anak dengan cara di atas dan sentiasa perhatikan suhu dan keadaan anak. 
Jika anak anda ada tanda-tanda berikut, segera bawak berjumpa doktor : 

  • batuk lebih dari 3 minggu, 
  • cirit-birit lebih dari 2 minggu, 
  • najis mengandungi darah, 
  • demam lebih 1 minggu, 
  • tidak mahu makan atau minum, 
  • kerap muntah-muntah, 
  • sukar bernafas dan 
  • bengkak pada kedua-dua kaki.
Jika anak masih menyusu badan, ibu boleh amalkan OmegaGuard, Garlic dan juga Nutriferon untuk bantu tingkatkan pertahanan tubuh anak dan bantu anak cepat sembuh.

Ela
Pengedar Shaklee Anda
0192882244

Credit info : babycenter.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...