Friday 21 August 2015

9 Kedai Kopi Menarik Yang Wajib Singgah Di Johor Bahru

Assalamualaikum..

Untuk mereka yang dah bosan dengan menu biasa setiap hari, boleh la cuba-cuba tukar selera ke coffee house / cafe / kedai kopi yang cantik dan menarik bukan sahaja dari segi decoration kedai tapi juga decoration minuman dan makanan nya.


Jangan tak tahu kedai kopi / cafe ni semua ada di sekitar Johor Bahru. Tak perlu nak pergi sampai KL untuk minum atau makan di kedai urban.

1) Coffee Loft
Alamat : No. 29, Jalan Molek 1/12, Taman Molek, 81100 Johor Bahru.
Waktu Operasi :
Isnin - Khamis : 12pm - 11pm
Jumaat - Ahad : 12pm - 12am
Halal Status : No pork no lard.
Gambar FB Coffee Loft


2) Lokap Cafe
Cafe ni unik sebab berkonsepkan penjara. Sape yang teringin nak rasa suasan penjara boleh la try. Hehe..
Alamat : No. 11, Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru.
Waktu Operasi : Selasa - Ahad : 5pm - 12am.
Isnin tutup.
Halal Status : Halal
Gambar FB Lokap Cafe

3) Chaiwalla and Co. Container Cafe
Tengok pada nama ingatkan kedai ni dimiliki oleh mamak atau pun orang India. Tapi rupanya ia diusahakan oleh anak Melayu.
Alamat : Lot 2810, Jalan Tan Hiok Nee, 80000 Johor Bahru.
Waktu Operasi :
Ahad - Khamis : 12pm - 12am
Jumaat - Sabtu : 12pm - 1am
Cafe ni pon ada cawangan kat 'Dapur Kita', food court tingkat atas di City Square (CS), Johor Bahru.
Halal Status : Halal
Gambar FB Chaiwalla and Co. Container Cafe


4) Faculty of Caffeine (FOC)
Alamat : 106, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru.
Waktu Operasi : Isnin - Ahad : 9am - 6pm.
Halal Status : No pork No lard
Gambar FB Faculty of Caffeine

5) Cafe Racer by Grillbar
Peminat motosikal mesti seronok makan kat sini sebab decoration nya sangat dekat dengan jiwa mereka. Siap dengan sebijik motor atas pentas. So lepas makan boleh la posing-posing dengan kawan2. Hehe..
Alamat : No. 72, Jalan Pingai, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru.
Waktu Operasi : Isnin - Ahad : 11.30am - 11pm
Halal Status : Halal
Gambar FB Cafe Racer by Grillbar




6) Miyakori Cafe
Untuk mereka yang suka decoration comel2 kat cawan kopi, sesuai pergi sini.
Alamat : No. 41, Jalan Indah 22/14, Bukit Indah 2, 81200 Johor Bahru.
Waktu Operasi :
Isnin, Rabu, Khamis & Ahad : 12pm - 10pm
Jumaat - Sabtu : 12pm - 11pm.
Hari Selasa : Tutup
Halal Status : No pork No lard.
Gambar FB Miyakori Cafe





7) Coffee Valley
Alamat :L2-550A, Sutera Mall, 81300 Johor Bahru, Johor.
12A Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor.
Waktu Operasi: Khamis - Selasa : 12.30pm - 10pm. 
Hari Rabu : Tutup. 
Halal Status : No pork No lard.
Tapi dalam sesetengah desert ada mengandungi alkohol.
Gambar FB Coffee Valley





8) Just Want Coffee, Homies

Alamat: Jalan Molek 1/27, Taman Molek, 81100 Johor Bahru.

Waktu Operasi: Isnin - Ahad : 12.00pm - 12am.

Halal Status : No pork No lard.
Gambar FB Just Want Coffee, Homies


9) Coffee Nowhere
Alamat: No. 30 Jalan Gaya 1, Taman Gaya, 81800 Ulu Tiram, Johor &
No G-2, Jalan Austin Perdana 2/22, Taman Austin Perdana, 81100 Johor Bahru.
Waktu Operasi: Isnin - Ahad : 11.00am - 12am
Halal Status : No pork No lard.
Cafe ini juga ada cawangan di Singapore dan Indonesia
Gambar FB Coffee Nowhere

Rata-rata kedai kopi or cafe ini mendapat rating 4 bintang. Ramai yang suka akan decoration nya yang unik dan menarik. Tidak kurang juga dengan minuman dan makanannya.
Namun, ada juga yang berpendapat sesetengah makanan yang overated.
Apa pun, anda kena rasai sendiri pengalaman makan dan minum di kedai kopi yang menarik ini.
Yang pasti, bukan sekadar kopi.
Namun hati2, bagi cafe yang tidak mendapat status Halal, mereka mungkin menggunakan alkohol dalam hidangan mereka seperti desert. Bagi para muslim, pastikan anda bertanya terlebih dahulu sebelum memesan makanan atau minuman.


Dah makan dan minum sedap-sedap, jangan lupa makan Phytocol-ST ni pulak. Supaya lemak dan kolesterol jahat tidak berkumpul dalam badan.

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian
Hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 018-8734025
Email: n_su2008@ymail.com

credit:
http://says.com/my/lifestyle/kafe-moden-johor-hipster-cafes
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...