Friday 14 August 2015

Resepi Mee Hoon Goreng Singapore Yang Simple Dan Sedap

Assalamualaikum..
Sape suka makan mee hoon, angkat tangan! Hehe.. Mee hoon goreng memang feveret saya. Selalu jadi menu sarapan saya. Salah satunya Mee Hoon Goreng Singapore atau Mee Hoon Goreng Putih. Simple dan sedap. Boleh dimakan oleh seisi keluarga terutama yang tak suka pedas. Kanak-kanak pun suka.


Hari ni saya share resepi Mee Hoon Goreng Singapore versi saya.

Bahan-bahannya :
500g Mee Hoon - celur dengan air panas. 
Jangan sampai lembik. Nanti nak goreng akan hancur.


Lauk2 = cadangan :
seafood (udang & sotong), atau
ayam, atau
daging
Sayur : taughe, lobak merah (hiris panjang, macam fries size kecik), kacang panjang (potong pendek2, kalau nak).
1 sudu makan Bawang Merah blend
1 sudu teh Bawang Putih blend
1 sudu teh serbuk lada hitam (jika mahu)
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa / 1 ketul kiub ayam
1-2 biji telur ayam
Lada jeruk

Cara-caranya
Tumis bawang merah dan bawang putih
Bila dah naik bau, masukkan lauk2, lobak merah & kacang panjang. Masak sekejap sehingga lauk2 masak.
Masukkan serbuk lada hitam, garam & kiub ayam/serbuk perasa.
Masukkan mee hoon & taughe.
Gaul rata.
Pecahkan telur (bagi telur kuning & putih sebati) dan biar goreng sekejap. Gaulkan mee hoon dan telur.
Sedia untuk di makan.
Makan bersama lada jeruk, sedap. Hehe..

Resepi lada jeruk
3-5 batang cili hijau
1/2 botol kecil / 100ml cuka
1 sudu makan gula
Cara2nya
Hiris lada hijau
Campurkan semua bahan dalam botol dan biar rendam sekurang-kurangnya 2 malam.

Sekian, Selamat mencuba.
Dah cuba nanti bagi feedback ye.
Kalau anda buat improvement, share la dengan saya ye ;)

Suhailah

Anda ingin memiliki Vivix pada harga ISTIMEWA? 
Serta dapat semua kelebihan seperti
PERCUMA VITALEA (multivitamin, bernilai rm88.75)
PERCUMA Keahlian (bernilai rm70)
PERCUMA Penghantaran
CASH BACK RM36
Diskaun 5%
 Total Penjimatan RM388.93

Hubungi saya segera. Tawaran adalah terhad.

Suhailah
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
(ID 930065)
Email: n_su2008@ymail.com

3 comments:

  1. Anak saya pun suka meehoon singapore ni tapi dia tukar nama jadi meehoon johor ..hihi

    ReplyDelete
  2. emalin mohd
    Ohh.. hehe.. macam2 nama dah kan.. janji sodap..
    thanks sudi singgah :)

    ReplyDelete

komen anda sgt2 dihargai. Tinggalkan juga link anda. InshaAllah sy dtg melawat blk ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...