Sunday 26 February 2017

Resepi Kebab Daging Mudah Boleh Siap Dalam Masa 15 minit dan Sedap!

Assalamualaikum.. lama tak post entry resepi. Akak tak la pandai masak sangat macam Azlita Masam Manis tu. Tapi tuk saje-saje makan sendiri boleh la. Sape yang sudi try resepi kebab simple dan sedap akak ni (cewah padahal tiru orang jugak. Hehe), mai bagi komen naa...

Resepi kebab simple dan sedap
Resepi kebab simple dan sedap (untuk makan 3 orang)

Bahan-bahannya:
1 biji bawang besar
1/2 biji lada capsicum
1/2 biji timun
1/2 biji tomato
200g daging cincang atau 3 keping daging burger
1 sudu makan minyak masak
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
4 keping Roti pita

Cara-cara masak
Resepi kebab simple dan sedap
Daging burger diracik-racik. Kalau pakai daging cincang tak perlu dah la. Akak biasa pakai daging burger saje.

Resepi kebab simple dan sedap
 Bawang, tomato, capsicum dan timun di potong dadu kecil-kecil. Jangan besar-besar tau, nanti tak muat pulak poket roti pita tu.

Panaskan pan atau kuali. Tumis bawang hingga sedikit layu. Kemudian masukkan daging dan goreng hingga masak. Masukkan sos cili dan sos tomato. Boleh tambah lada sulah atau lada hitam jika mahu. Akak tak tambah sebab akak pakai daging burger dah ada perisa. Lepas tu masukkan sayur-sayur tadi dan masak sekejap sampai capsicum lembut sedikit.
Resepi kebab simple dan sedap

Panaskan roti pita. Boleh guna oven, microwave atau atas pan. Ikut arahan kat plastik tu ye. Dah sejuk, potong 2 dan masukkan inti kebab. Nah siap. Sedap di makan ketika masih hangat.
Resepi kebab simple dan sedap

Nak resepi lagi? Boleh tengok topik-topik di side bar blog ini? Tak nampak? Haaa awak kena la tukar jadi web view dulu.
Selamat mencuba. Kalau dah try bagi komen tau. 

Sebelum makan ni, jangan lupa telan Lecithin dulu. Lepas makan telan Omegaguard pulak ye.
Biar buang kolesterol jahat tu jangan bagi mai lekat kat dalam badan.

Ingin dapatkan supplement Shaklee?
Boleh hubungi saya:
(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...